Khamis, 30 Jun 2011

Bara jadi api (dedikasi buat Pak Samad)

Semalam,
Lena aku jaga ditiup bahang,
Setitik bara mencubit,
Menghalau selimut dingin,
Mimpi indah merdeka,
Dan igau aman kemajuan.

Ya,
Lena diulit ketuanan bangsa,
Kenyang disuap kemajuan negara,
Hingga lena bersama igau dan mimpi. (Lalu
mereka ketawa).

Bara itu hangat,
Meniup dingin malam,
Membangkit aku dari lena.

Dedikasi. Semalam,
A. Samad Said menyala unggun bersih,
(serangkap puisi untuk rakyat Malaysia),
Terasa hangat bahang maraknya.

Raja Fiqri Fauwaz

Isnin, 27 Jun 2011

Komunis



Gua baru habis baca buku Memoir Rashid Maiden.

Power tak power la kutu ni, dia boleh jalan kaki dari gopeng sampai cameron highlands jalan kaki saja. Gua ingat rambo pun goyang juga kalau nak buat benda macam ni.

Hari keluar surat khabar, ada kutu kena tangkap pasal bawa baju gambar Rashid Maiden. Peh! Betul punya rebel. Gambar dia dekat baju pun polis dah takut, belum dia sendiri betul-betul ada depan mata.

Gua ingat setakat lambang-lambang illuminati tu sayur-sayur saja Rashid Maiden boleh tapau. Kah kah kah.

Sabtu, 25 Jun 2011

Cinta di hati Jamil

Sebaik sudah makan nasi, tak dan basuh tangan Jamil shot air neskepi o ais sampai setengah. Kemudian pasang rokok.

Makwe dia di sebelah meratah ikan kembung bakar yang tinggal isi sikit-sikit di celah tulang.

Ngam-ngam Jamil habis rokok, makwe dia habis ratah ikan.

Makwe Jamil pergi basuh tangan. Pasang lagi sebatang rokok.

Makwe Jamil pandang saja kelaku Jamil.

Jamil buat tak tahu.

"Awak merokok serupa orang dah 5 bulan tak merokok," rungut makwe Jamil.

Jamil pandang muka makwenya.

"Hei, awak ni kenapa," keras juga suara Jamil membalas cakap makwenya.

"Betul la kan," kata makwe Jamil.

"Kalau 5 bulan saya tak merokok, maknanya saya dah mati....."

Jamil... Jamil... Taksub benar dia dengan rokok.

Berjalan

Gua nak pergi berjalan.Siapa nak ikut?

Gua nak berjalan guna tikus. Rare? Mau tak rare, biasa orang naik kuda, ini tapak tangan atas tikus gua je gua dah boleh berjalan.

Jom la, ikut gua berjalan blog. Jom.

Siapa punya istilah lah perkataan macam ni. Hish...

Kurang

Gua kurang sikit nak menulis 2,3 hari ni pasal banyak membaca.

Entah benda hantunya merasuk gua dah lama juga tak mengamal hobi membaca ni.

Kalau masa sekolah dulu gua boleh tahan juga rajin membacanya. Tapi rajin setakat membaca majalah ujang sahajalah. Lepas ujang dia punya kelakar dah tak berapa nak kelakar gua dah malas membaca.

2,3 hari ni banyak benda nak baca. Surat khabar gua malas baca, banyak mengencing. Wall fesbuk hari-hari gua baca. Mungkin juga wall fesbuk yang banyak memupuk sikap membaca gua. Peh! Ada juga kelebihannya fesbuk ni. Gua ingatkan memunah masa sahaja.

Dah-dah gua taip panjang-panjang cerita macam ni entah bila nak habis. Tunggu la gua habis baca buku dulu, baru gua rajin nak tulis balik.

Eh, gua ingat nak bikin buku juga la. Ada ke orang nak beli ha.?

Jumaat, 24 Jun 2011

Review buku : Anarki di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur.

Kawan.

Punk.

Dadah.

Perempuan.

Muzik.

Mati.


Link nak beli.? Ini rebiu bukan iklan. Usaha la sikit search dekat lebai gugel.

Rabu, 22 Jun 2011

Sebagai seorang belia rakyat malaysia yang bujang, jimat adalah perkara paling akhir sekali kena fikir. Sebelum jimat adalah tidur.

Biasanya, tipikal belia melayu bujang rakyat biasa benda paling utama adalah makan, kemudian rokok, dan jamban. Selepas ketiga perkara itu lepas, baru tenang membuat hal-hal lain contohnya up status fesbuk atau merenung screen saver henfon.

Dalam kesemua hal, belia-belia dari golongan biasa ini amat mementingkan pakej dalam kehidupan. Salah satu contoh adalah, makan. Pakej utamanya perlu ada rokok dan pemetik api, kemudian barulah patut memikir ke lokasi jamban terdekat.

Megi juga merupakan satu pakej. Makanan dan air. Kemudian rokok beli batang-batang di kedai mamak, kemudian curah sendiri air kosong di tempat bancuh air mamak yang tak serupa tempat bancuh air, lebih ke rupa tempat basuh baju di asrama.

Ah, malas lah gua cerita melalut-lalut macam gini.

Cakap budak Lanchang.

ini nama blog.

Cakap budak Lanchang
(ayat di atas ini untuk di klik)

Itu blog gua. Blog politik. Ingat gua tak tau politik? Hahaha

Selasa, 21 Jun 2011

Ceramah.

'yang, clear ke lepak rumah u ni.?' seorang jejaka iblis bertanya pada gadisnya dengan wajah separa horni separa cuak.

'clear la... Kalau tak, apa gila i ajak u lepak rumah i, baik kita check in hotel ah seng,' jawab gadis separa iblis itu, wajahnya agak horni dengan nafas agak laju.

'family u pergi mana yang u komfiden sangat ni cayang?' tanya belia iblis itu kerana mahukan kepastian. Alat sulitnya sudah separa keras, dia membetulkan sedikit kedudukan alat itu yang agak mengganggu keselesaan.

'ayah, mak, pergi ceramah politik diorang tu la.. Mesti esoknye balik, Abang i memang tak balik sibuk merata dengan angkatan dia tu...' jelas gadis iblis panjang lebar menenangkan jejaka iblis.

Tanduk jejaka iblis tegak mencacang di kepala. Alat sulitnya juga.

Gadis iblis tak senang duduk dibuat g-string yang sudah lembab berlendir.

Dingin panggung wayang dan filem yang baru setengah jam ditonton pasangan iblis itu tinggalkan.

Isnin, 20 Jun 2011

Liar.

Gua sedang memandu. Makwe gua di tempat duduk penumpang di sebelah gua. Kalau dia berani nak duduk belakang gua minta bayar tambang ikut meter.

Ulas mata liar ke kiri, ke kanan, ke atas... Tengok cermin pandang belakang, kiri dan kanan.

Sesekali pandang gua terfokus lebih.

'aduh,' kata gua sambil menepis cubit halus di sisi perut.

Gila, lelaki mana yang mahu terlepas pandang tetek terbuka di tempat awam walaupun bukaannya cuma 2/3.

Review buku : Majalah Rokes

Saya baca buku macam makan nasi. Makan kemudian berak. Buku, baca kemudian hisap rokok dan minum nescafe o ais mamak yang tak berkhasiat tu. Hei! Kamu tak geli ke tengok setting tempat mamak tu bancuh air?

Ok. Berbalik kepada tajuk. Saya baru habis baca buku Majalah Rokes, terbitan... Terbitan... Mende entah. Karangkraf kot. Ketua pengarangnya adalah Jef Bahari (http://jefbahari.blogspot.com). Abang Jef bila nak sambung cerita pengembaraan tu? Penulis lain banyak. Saya malas nak menaip.

Rokes, tajuknya. Jangan buang masa cari makna perkataan ni dalam kamus dewan. Kamu tak akan jumpa. Rokes ini pada pendapat saya mungkin dari perkataan babi. Pendapat saya.

Membelek isi Rokes adalah sama macam belek Majalah Mangga. Stim.

Dalamnya ada isi iaitu perkataan dan gambar. Pada saya susun letak artikelnya tak ubah macam fanzine fotokopi. Sama saja. Cuma bezanya, majalah ini dicetak dengan bergaya macam majalah hiburan di kedai buku mamak.

Isinya... Susah nak cakap. Senang cerita macam ni, semua benda dalam majalah ini menghasut dan mengajar kamu-kamu untuk jadi Rokes yang handal.

Yakni, sembang cara rokes, makan cara rokes, tidur cara rokes, main cara rokes, kerja cara rokes, melayani kehendak ibu yang rokes, minum teh gaya rokes dan serba serbi hidup kamu dengan cara yang rokes. Masuk pengakap dan main kereta kecik contohnya. Oh ya, letak kotak pensil dalam poket belakang semasa ingin ke makmal sains juga ciri-ciri seorang rokes sebenarnya.

Setelah selesai membaca majalah ini, saya bersetujulah dengan pendapat ketua pengarang bahawasanya, siapa-siapa pun ada rock masing-masing dalam diri mereka tak kira la samaada ustaz ke, askar ke, cikgu tadika, makcik makcik, tukang gunting rambut, kerani sekolah, tukang masak, ejen insurans dan sebagainya dan pemuzik rock pun kadang-kadang tak rock.

Sekian.

*update

oh ya, hampir saya terlupa. Untuk jalan yang benar membeli majalah belia yang sangat membina jatidiri ini bolehlah ke laman blog,

http://rokeszine.blogspot.com

Ahad, 19 Jun 2011

ke annexe petang tadi.

Saya beli Rokes, Anarki di Kuala Lumpur, Memoir Rashid Maidin.

Untuk Anarki di Kuala Lumpur, saya tekankan di sini, saya beli yang hardcover. 30hengget wo. Lari bajet saya.

Saya sangat kecewa kerana Ada kaki di Kuala Lumpur habis hari sabtu lagi. Lagi, buku PETAK pun tak dan beli, bajet dah lari ke kulit keras.

Saya tengok buku macam lauk pasar ramadhan. Power. Tapi keadaan wang tidak menyebelahi saya.

Sekian.

***Update - Curi-curi wang Malaysia

Kemaskini Sekarang!!!

Curi-curi wang Malaysia facebook fanpage.

115,633 people like this.

About this page:

LIKE this page. We can prove to government we no need to spend RM1.8M for a success fan page.

We want our mismanaged money back!

Please use English or Malay when posting for everyone can understand our voices.

Keep this page clean from SPAM too, thanks!

***

Perbezaan 'like' fanpage bernilai RM1.8 juta dan fanpage percuma sehingga pagi ini.

RM1.8M : Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia : 39,572 people like this.

FREE : Curi-curi Wang Malaysia : 115,643 people like this.

Jumaat, 17 Jun 2011

Curi-curi wang Malaysia!

Gempak!!!

Progress of fanpage Curi-curi wang Malaysia (3 days)

CURI-CURI WANG MALAYSIA 3 days old already (created on 18:04pm 14
Jun 2011)
15 Jun 2011 18:04pm - 19705 fans
16 Jun 2011 18:04pm - 65870 fans
17 Jun 2011 18:04pm - 95510 fans
Yesterday increment: 46165 fans
Today increment: 29640 fans

Bravo! Malaysians. We need to gather more voice
and put our hands together to fight for our money.

Today at 6:05pm · 295 people · Like

Klik untuk like dan support:
Curi-curi wang Malaysia facebook fanpage.

***update : Curi-curi wang Malaysia sudah ada laman web, klik sini (klik la perkataan 'sini' tu)

Khamis, 16 Jun 2011

Godam

Sehari gua tak masuk blog semalam.

Lepak forum crew hackers, lepak page hackers, google..

Tak buat apa-apa. Pusing-pusing situ juga.

Tapi power la. Ada mesej. Macam dekat deface cidb tu. Dekat web politeknik.gov pun ade mesej dekat deface. Dekat tourism pun.

Crew yang masuk line pun power-power juga. Dragonforce, evilcoder sama hexacoder la yang banyak bunyi. Lulzsec, hm, tbd senyap je masing-masing. Rilekscrew pun senyap. Anonymous? Haha.

Gua jadi pemerhati senyap je... Kelam kabut juga geng-geng it gomen. Hahahaha

Rabu, 15 Jun 2011

Gadis yang gemar berembun

Lama dulu, kalau lelaki-lelaki muda yang lambat balik rumah, pukul 4 pagi baru terhegeh-hegeh ketuk pintu rumah kejut mak, orang panggil kutu embun.

Sekarang, anak gadis pukul 4 pagi masih di meja restoran mamak, berbumbung awan berselimut embun, balik rumah entah pukul berapa.

Nak kata dengan suami semalam pun ada dengan laki lain.

Oh. Gadis akhir zaman.

Selasa, 14 Jun 2011

Maghrib

Kedai tomyam.

Air kosong.

Nora Elena.

Saman

'hoi, apahal lampu tu pakai kaler gua? Gua dah lama pakai kaler tu,' kata Bob Marley kepada Jabatan Lalulintas sambil menunjuk-nunjuk dengan jari tengah kepada lampu isyarat.

'gua nak saman! Lu tunggu, lu tunggu!' sambung Bob Marley lagi sambil menghayun rambut dreadlocknya seperti gadis sunsilk.

'get up get up, stand up..
Stand up for your right...' Bob Marley terus berlalu sambil menyanyi dan jalan terhenjut-henjut.

Isnin, 13 Jun 2011

Samseng : Potong

Dada Fizi berdegup kencang. Sejuk penghawa dingin tidak terasa. Peluh terasa menitik di dahi dalam bilik kecil itu.

Fizi duduk bersila di depan seseorang. Dari riak wajah lelaki dewasa itu Fizi meneka umurnya dalam lingkungan 40-an.

'hoi!! Ko menung apa Pg?' Fizi tersentak. Berdesing telinganya ditengking Abang Darul. Fizi tunduk kepala diam.

'Dah wudhu'?, tanya lelaki pertengahan umur di hadapannya perlahan. Fizi cuma menjawab dengan angguk kecil.

'Bagus,' lelaki itu turut mengangguk.

'Darul,' dia memaling wajah dan bertentang mata dengan Abang Darul.

'Sudah ayah,' jawab Abang Darul perlahan, tapi nadanya berbunyi tegas.

'Baiklah, kita mula sekarang,' Fizi menegakkan kepala dan duduk tegak. Lelaki pertengahan umur itu menghulur senaskhah Al-Quran. Fizi sambut dengan cermat.

Dia bertentang mata dengan lelaki dewasa itu sebaik sahaja memegang naskhah Al-Quran. Dia cuba mengingati semua peraturan yang diterangkan Abang Darul sebelum dia masuk ke bilik kecil itu.

'Tahu mengucap?' tanya lelaki berserban dan berjubah putih itu.

'Tahu ayah,' ...

***

Ahad, 12 Jun 2011

Ahad dan rehat

Sakit badan.

Semalam punya sakit badan.

Esok belum tentu elok.

Gua nikah nanti harap ada kawan sanggup sakit badan untuk gua pula.

60 Sen

Kali ni gua betul-betul fikir. Fikir yang betul punya fikir.

Fikir sampai tahap lupa nak ketip kuku. Semut api bersarang dekat celah jari kaki gua pun gua dah tak ambil peduli.

Makan tu macam biasa la. Unta pun kena makan.

Mandi pun dah lain macam. Mandi serupa tak mandi. Dah serupa bertayamun gayanya. Gosok gigi tak payah cerita. Deodoran gua pakai macam biasa la tapinya.

Apahal roti krim 60sen dah naik 70sen?

Sabtu, 11 Jun 2011

Kenduri

Gua memang sibuk betul. Dari malam tadi.

Tolong cuci daging. Cuci ayam. Belah kelapa. Mesin kelapa. Masak gulai kawah gua tak reti. Gaul gulai gua reti. Itu pun daging tak tau pergi mana, tinggal tulang.

Subuh masuk, gua tidur atas meja makan bawah kanopi. Budak-budak kampung gua yang lain pun sama. Bergilir jaga gulai dalam kawah takut kena sabotaj. Setakat ayam rempah tu gua ada juga sabotaj dua tiga ketul.

Kopi tak payah kira. Air ketum entah berapa cerek masak. Berborak lepas ke cerita tadika-tadika curi anak ayam serama sorok dalam poket.

Orang tua memang serender awal lagi, yang tinggal cuma incas gulai.

Gua bangun pagi dah cerah. Balik mandi, datang semula kenduri. Terus masuk port basuh pinggan. Main sabun sampai kecut jari.

Sekarang gua nak pekena suria sebatang sambil tulis blog. Kalau ada orang suruh pergi angkat pinggan gua tak segan silu nak baling tulang lembu.

Seronok gotong royong kenduri. Gua je asik tolong orang kenduri, orang entah bila nak tolong gua kenduri.

Awak, jom nikah!

Jumaat, 10 Jun 2011

Kalau gua bikin cerita gangster

gua letak tajuk SAMSENG.

Cerita kasi power. Cerita pasal budak sekolah yang terjebak dengan kongsi gelap, jadi samseng, edar dadah, jual perempuan, dan berbagai bisnes kongsi gelap.

Bila dah besar dia jadi lagi gempak. Jadi orang besar, pegang Mesia. Bisnes besar. Pegang orang politik. Rasuah ketua polis negara. Rasuah sprm.

Kemudian masuk dalam politik negara. Jadi tukang bom skandel PM. Jadi bodyguard bini PM. Bunuh pegawai sprm yang buat hal nak pecah rahsia. Tolak dari atas bangunan.

Meeting persatuan time kenduri, atau time tahlil dekat rumah ayahanda. Pakai baju melayu atau baju batik, atau baju ada logo 1malaysia.

Lambang persatuan kasi ganas. Lambang rimau ke, labah-labah ke, monyet ke..

Pakai no kod. Pakai pantun. Pakai buah. Bahasa kasi gempak lagi.

Letak scene buat kecoh dekat kedai mamak. Scene tarik kereta. Scene jual dadah dekat gerai burger. Scene jual perempuan macam cerita Budak Kelantan. Scene gaduh lepas tengok bola. Scene minum dekat clubbing.

Ya. Baru kl cossa nostra.

Haha. Gangster. Gangster.
Gua dah ingat nak buat skrip dah ni.

Kuala Lumpur

Kalau rasa-rasa hati tak kuat, jangan cuba-cuba merasa kenikmatan Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ni macam dadah dan perempuan ada kenikmatan dan ketagihan.

Kalau tak kuat... Tenggelam dalam lumpur. Kalau kuat, jangan berani sangat mencuba.

Terutama untuk gadis-gadis kolej misi.

***

'peh, ni lu tengok ni,' kawan gua hulur henpon kaler.

'mak eh.. Baik punya tetek dia bagi lu kan, budak mana?'

'kolej misi, yang budak-budak dia selalu lepak tasik,'

'ada can....'

***

Jaga bakal misi. Mat Rempit ramai targer bakal-bakal misi ini. Sungguh.

Antara kelebihan misi adalah :

kerja shif malam, laki jadi bujang satu malam.

Masyuk. Loan senang.

Uniform. Ah....

Biasa misi-misi ni laki ikut dia. Jadi terbalik dah.

Misi... Misi...

Khamis, 9 Jun 2011

Menternak lemak bersama Mat Talika.

Gua terjaga dari tidur. Gua cari henpon sambil mata terpejam. Gagau gagau tak jumpa. Gagau gagau tak jumpa.

'Henpon, lu jangan nak main-main dengan orang terjaga tidur ni,' gua sound dengar tak dengar.

Henpon gua datang melangkah lesu.

Gua angkat. Buka browser web, buka blogger, tulis entri ni.

Macam gampang entri.

Minum.

Gua minum air di satu gerai kanopi. Air teh cawan.

Masa tu gua minum sorang sambil usha makwe-makwe, lalu lalang.

Gua pasang rokok, kemudian tarik ashtray kasi dekat.

Gua hisap sambil usha makwe.

Tap.

Gua renjis habuk rokok dalam ashtray.

Tiba-tiba hati gua rasa tak sedap. Rasa lain macam. Gua rilek dulu pandang makwe, gua tengok meja.

'makcik, teh lagi satu,' jerit gua tak berapa kuat sambil tengok teh dalam cawan yang baru gua minum dua hirup dengan perasaan hiba.

Santai bersama Mat Ashaari

Tadi siang gua tidur.

Kemudian gua bangun tidur. Untuk bangun dari tilam itu gua perlukan beberapa step.

Mula-mula gua perlu gagau rokok. Biasanya bawah bantal. Kadang-kadang kalau rokok tu sejuk dia port sekali dengan gua dalam selimut.

Kemudian, bila dah ada rokok gua perlukan lighter. Biasanya lighter port sekali dengan rokok.

Dah lengkap, gua cucuh rokok sambil baring.

Fade in.

Barulah gua akan bangun dari tilam dan hidup macam orang lain.

Mandi. Gosok gigi. Minum air. Tengok sms masuk sebelum tidur tak sempat baca. Bersiap. Keluar.

Peh. Santai juga hidup gua rupanya.

Oh. Lupa nak bagitau, kerja gua adalah berjaga malam.

Santai... Santai...

Rabu, 8 Jun 2011

Gua mahu jadi rock 5

Awie kepak tersengih-sengih. Sengih tak rupa orang, lebih ke rupa kambing.

Mat geleng kepala perlahan, 'mende la nak jadi anak Mak Cik Senoh ni.

Awie sengih saja buat tak tahu.

'Manenye?' tanya Din Mayat.

'eh, he..he.he..' Awie Kepak ketawa terputus-putus. Dah rupa orang kena rasuk gayanya.

Dia seluk poket seluar pendek, dua batang rokok daun pucuk siap gulung dalam tangan.

Mat dengan Din tersengih-sengih.

'he..he.he..' dua-dua tiru gelak macam Awie Kepak.

Rokok pucuk yang Awie bawa Mat dengan Din ambil satu sorang. Cucuh satu sorang.

Ssstt...

Ssstt...

Asap dari rokok pucuk Awie menerawang di kawasan pangkin. Wangi baunya.

Mata Din makin kecik.
Mata Mat makin kecik.

'wei, gua lapor la...' Awie Kepak urut perut.


Bersambung...

Min dan Mat : Nampak.

Mat dan Min sedang makan tengahari di sebuah restoran ber ekon.

Mat makan biasa-biasa saja. Makan tengahari tipikal orang Mesia.

Min makan makanan barat.

Mat : 20 tahun lagi kamu masih makan makanan macam ni?
Min : iyalah. Sayakan memang suka makan macam ni.
Mat : baiklah. Kamu jujur, saya nak cari spare awal-awal untuk 20 tahun lagi...
Min : his...

***

Depan meja Min dan Mat ada satu pasangan jejaka dan gadis berpakaian uniform sekolah. Kerana mereka cuma berdua, mana mungkin mereka pasangan 'study group'.

Min : Sweet kan kapel tu, makan depan-depan, bertentang mata.
Mat : Pergi la, cari jejaka adik-adik sekolah. Haha.
Min : his...
Mat : Laki tu tak pandai.
Min : Kenapa?
Mat : Makan sebelah-sebelah lagi banyak benda boleh jeling-jeling.
Min : his...

Selasa, 7 Jun 2011

Nikmat

Macamana nak nikmat kalau takde jari tengah?

Macamana nak basuh berak kalau takde jari tengah? - abanglong mikail

Sarapan

Menyuap nasi lemak tanpa jari tengah.

Isnin, 6 Jun 2011

Kempen

Tengah tengok gambar dalam camera album henfon tadi.

Ada satu gambar agak mencuri perhatian gua, selain gambar-gambar makwe gua. Gambar papan tanda.

Seingat gua, gambar papan tanda ni gua tangkap masa pergi mandi sungai hutan lipur mana entah tak ingat dah.

'Sayangi sungai kita' kata papantanda itu. Design latar belakang pemandangan sungai.

Gua rasa macam terpikir sesuatu, buat kempen papantanda juga.
'SAYANGI GADIS KITA', design ikut la, biasanya kalau design tender kerajaan memang tak lawa. Gambar yang penting. Gambar Lisa Surihani! Wajib!

Min dan Mat : Pameran.

Henpon berbunyi. Mat capai henpon di celah kangkang. Jangan salah sangka, Mat sedang memandu sebenarnya.

Min...

Tekan butang angkat.

Min : kat mana dah?
Mat : waalaikumsalam, 3 minit 19 saat dari sekarang saya siap depan kamu.
Min : khabar baik. Ok, faster la. Panas ni, kata Braiyen Oo Koner.
Mat : untuk pengetahuan pihak tuan, saya sedang memandu kenderaan. Braiyen Oo Koner tu jalan tempat dia tak banyak lubang dengan bump.

Tut....

***

Satria panduan Mat berhenti betul depan Min. Min bertentang tepat dengan pintu bahagian penumpang.

Min naik kenderaan.

Mat : Kemana kak?
Min : hiss...
Mat : Wangi.
Min senyum.
Mat : Comel.
Min senyum.
Mat : Lawa rambut baru set.
Min senyum.
Mat : Beso tetek.
Min : his...
Mat : eh, fafau la...
Min : his...
Mat : haha. Ok, kalau kamu ada di sebelah Lina Nurihani itu, mestilah saya kata Lina Nurihani lagi cantik, itu bukti saya jujur. Tapi awak memang cantik.
Min senyum.
Mat : Saya yang terseksa...
Min senyum, lain macam sikit, ada tambah jeling manis.
Mat : Apa jeling? Dosa isteri yang dedah aurat suami yang tanggung. Jadi, saya yang kena seksa.
Min : ...
Min buat bibir muncung. Tangan silang bawah buah dada.

Mat jeling sipi-sipi saja. Tengah pandu kerata.

Ahad, 5 Jun 2011

Real internet

'lu sembang dalam blog kemain, rempitlah, lepaklah, cuci matalah, kelabinglah, pompuanlah... Gua tengok lu 24 jam online, blog 5,6 kali up entri sehari, fesbuk apdet tak putus, masa bila lu hidup real?'

'gua dah lama sinkronais hidup gua dengan internet, gua internet pakai henpon sony eriksen cikai ni ha, tengah berak pun layan fesbuk lagi, apa ada hal..'

Nak kata gua nerd internet? Gua internet freak? Lu pernah nampak gua lepak mamak minum teh dengan laptop?

Kah kah kah

...

Orang muda.

Gua umur baru 24. Besit 125z gua dulu pun steady naik 180km/j jalan lurus turun bukit. Tapi handel motor tu gegar sikit bila dah cecah 180.

Hati gua dah tak sekering 4,5 tahun lepas lepas. Highway Karak-KL tu gua boleh besit 40 minit, tol gombak - tol bentong gua pernah buat 25 minit. Masa tu bulan puasa waktu maghrib. Memang syok kereta tak banyak.

Perkataan mati memang tak pernah ada dalam kepala. Tau nak pulas throttle saja.

La, tiga perenggan dah? Gua nak cakap gua lapar je tadi sebenarnya. Gua bukan tak nak makan, baru nak suap nasi, tangan baru sampai dada, orang panggil mintak tolong.

Borhan.. Borhan.. Cerita keluangman tu..

Selamat Ulangtahun Kelahiran

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada :

Yang Dipertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

serta,

ayahanda tercinta, YM. Raja Abdullah b. Raja Jaafar Al-Haj yang ke-50. Semoga Engku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati Allah S.W.T, serta dikurnia keluarga yang bahagia. Amin...

p/s - Engku : EPF tu jangan senyap je. :) Karang tau-tau ada mama satu lagi, baya-baya kome pula tu, termengorat karang. Haha.

Min dan Mat : Ahad.

Henpon berbunyi. Berterabur Mat bangun cari henpon celah tilam, bawah bantal, dalam selimut. Henpon senyap. Mat baring semula. Ahad yang malang, baru pukul 8 pagi dah terjaga.

Henpon berbunyi lagi. Kali kedua ni Mat dengar padu. Oh, atas tv rupanya.

Min.

Mat tekan butang jawab.

Mat : hm...
Min : ah...
Mat : mengada. Ngapa?
Min : lunch jom.
Mat : jam di dinding rumah saya di atas tv ini baru menunjukkan jam 9 pagi.
Min : Ish!karang la.
Mat : susah juga.
Min : apesal?
Mat : saya di kampung sekarang, sebentar mahu menolong membasuh pinggan di rumah orang kenduri, maklumlah..
Min : oh, tak bagitau. Ye lah, takpelah, boleh saya sambung dayet bawak ke malam.
Mat : sorry. Baiklah, baiklah.
Min : hm.. Welkam-welkam.
Mat : bye, saya mahu menekan butang tamat, bolehkah?
Min : ok, bye..

Tut... Mat tak sempat tekan.

***

Alhamdulillah. Mat baring semula. Henfon sudah sudah dimodkan senyap.

Terima kasih kenduri.

Sabtu, 4 Jun 2011

Pantang

Henpon gua berbunyi. Ada call masuk. Gua tengok skrin henpon.

Makwe gua.

'emm... Ngape?' gua tanya makwe gua lepas tekan butang jawab.

'tido ke.?' makwe gua tanya.

'a'ah..'

'takpe la.. Tido la..' kata makwe gua bila dengar suara seksi bangun tidur.

'ye la..'

tut....

***

Pantang betul gua kalau ada call masa tengah baca blog dekat henpon ni.

Mujur gua pandai buat suara seksi baru bangun tidur.

dulu gua pernah cuba tulis karangan sedap.

gua letak tajuk dia -

TOKAN

SPM tinggal lagi dua minggu. Ah! Bosan. Sangat bosan. Memang aku nanti-nanti saat sampai waktu peperiksaan besar itu. Tak sabar aku nak tinggalkan sekolah beserta uniform
putih hijau ini. Kemudian aku bebas. Siapa lagi yang mampu menghalang aku. Keluarga? Aku sayangkan mama. Tapi aku perlu keluar dari kepompong ni.Aku tak mahu tinggal selamanya macam ni dengan mama.

Ayah? Hm. Sudah lama dia tinggalkan aku dengan mama. Entah kemana hala. Tak silap aku dari aku darjah lima ayah menghilangkan diri. Dari apa yang aku dengar cakap-cakap saudara
mara, mama digantung tak bertali. Aku benci ayah. Mama ditinggalkan tanpa lafaz cerai. Tapi aku hairan, kenapa mama tidak memohon cerai di mahkamah. Sudah lama aku terfikirkan perkara
itu. Tapi tak pula aku suakan pertanya kepada
mama.

nak sambungan? Baca sendiri dekat http://noveltokan.blogspot.com

baru tiga bab gua dah malas tulis, pasal gua rasa tak sedap.

segmen : dunia blogging sampah.?

Ini segmen blog, ada satu makwe buat. Cek link ni http://saatkukembali.blogspot.com/2011/06/segment-dunia-blogging-sampah.html

apa yg tak kena dgn dunia yg semakin hari semakin ramai penduduk nya .? kenapa sampai dipanggil sampah.?
siapa yg berani kemukakan hujah. sila kan.!
sama ada. anda bersetuju atau tidak bersetuju .? kenapa anda bersetuju @ tak .?
apa hujah anda .?

***

Atas ni soalan dia.

Gua bukan gemar sangat masuk campur hal-hal macam ni.

Gua buka blog dia, link ke blog dia ada di sidebar sebelah entri ni. Gua kira topik ni menarik juga. Lagi satu, gua join pasal senang. Tak payah letak-letak banner bagai.

Sampah.

Pada gua tak ada pun istilah ni. Semua orang buat blog ada tujuan sendiri. Niat.

Ada bikin blog mahu kongsi fikir. Ada mahu kongsi hidup. Kongsi pengalaman. Kongsi pengetahuan. Buat duit dengan iklan. Nak femes, jadi selebriti.

Kalau mahu kira sampah, ini boleh kira sampah?

sampahseni.blogspot.com

pada gua, tak ada istilah sampah, siapa gua nak sampahkan penulisan orang. Siapa juga lu nak sampahkan idea orang, nak sampahkan tujuan orang?

Tepuk dada tanya hati.

Hebat sangat ke kita suka hati nak sampahkan orang.

Jumaat, 3 Jun 2011

blog blog blog

Gua menulis di blog. Blog ni sejenis laman sesawang. Bagi yang tak tahu apa itu laman sesawang, jangan main internet. Pergi main teng-teng ke, cucuh kerengga dengan ubat nyamuk ke, ataupun goreng pasir.

Ok, gua menulis di blog. Ya, sebenarnya menaip, dan jangan jadi bangang. Menaip itu macam ini,

...

Ah, pergi baca surat rasmi lah.

Gua menulis. Hobi gua menulis. Gua tak pernah ambil tahu gua buat karangan apa. Selalunya gua tulis guna kepala lutut, kadang-kadang guna buah pelir.

Gua tak suka nak ambil tahu hal-hal komuniti blog. Gua bukan sombong gua bosan dengan komuniti maya. Hamun!

Gua main internet dari zaman dail up. 1313. Tau? Masa tu mIRC, nama panjang dia microsoft internet relay chat. Ya, mIRC adalah spesis software opensource dari microsoft pada mulanya, kemudian gua dah malas ambik tahu.

Kemudian, lepas syok layan coding mIRC, jadi kaki war, konon-konon coder script power, gua jadi bosan.. Gua layan reverse coder, jadi cracker, jadi perembat data, jadi iblis internet. Lama-lama gua bosan.

Gua tak berapa layan coding software, gua balik ke coding website. Gua study html, java, css... Masuk trend php, gua jadi pening.

Gua rasa gua tak ditakdirkan untuk bahasa-bahasa kompiter ni, gua lagi suka bahasa melayu dan sprocket 125z.

Jadi gua buat keputusan guna kepala lutut, gua berenti kolej belajar kompiter, hishamudin rais jadi inspirasi masa tu.

Sekarang gua tak kemana pun. Gua tak pandai kompiter, gua tak pernah hebat menulis bahasa, gua jadi batman, dan gua ada blog.

Oh ya, gua tulis (taip, untuk yang bangang) blog guna henpon soni eriksen cikai.

Dapat apa gua cerita? Tak dapat sudah. Gua pun tak paham apa gua tulis. Ok, taip.

Jumaat

Sempena hari jumaat yang mulia ini, gua rasa patut juga untuk bersopan-santun sedikit.

Sedangkan makwe kedai topup yang pakai skirt paras paha tu boleh pakai baju kurung hari jumaat, gua apatah lagi.

Jadi gua rasa mahu guna kata ganti nama diri saya agar tampak lebih sopan dan jumaat.

Test. Test.

Tadi sekejap, lepas solat jumaat saya pergi makan tengahari di kedai menjual makanan, namanya borak-borak cafe.

Saya makan nasi ayam dan minum nescafe o ais. Makwe saya kata brader yang kerja di situ tak hensem langsung. Saya makan sahaja. Komen makwe saya langsung tidak menggugat selera makan saya.

Kemudian, sedang makan saya tengok seorang makwe sedang lap sudu guna tisu. Makwe itu tak cantik sangat. Tapi saya tak mahu komen apa-apa.

Sedang dia lap sudu, ada satu sudu jatuh ke lantai. Dengan rilek serta tak pandang kiri kanan, dia ambil sudu yang jatuh lalu masukkan dalam bekas sudu, bersama sudu-sudu lain.

Saya rasa amat celaka sekali, dan makan di kedai makan ini adalah satu kemalangan.

Saya bayar nilai makanan dan terus blah.

Sekian.

Khamis, 2 Jun 2011

Prihatin sangat ke?

'Ish... Kecik-kecik kemain leher berhendiplas..' kawan gua komen sorang makwe muka budak sekolah yang baru melintas depan kitorang, leher bertampal.

'hm...' gua ye kan aja.

Dalam hati gua kata, 'kimak lu, betina yang lu usung masuk rumah bujang kita tu binatang ape?'

dara

kah kah kah.

Padan muka.

Eh, nak juga. Bukan luak pun.

Kah kah kah!

Rabu, 1 Jun 2011

heh!

Kalau lu cerita lu tahan memuki cecah 30 minit seround, lu memang power.

Try pumping 60 kali laju laju nonstop tengok tahan tak?

Apa gila la nak mengencing. Gua tau la gua muka budak surau.

Kalau lu tengah mabuk ke, ambik pil ke, pakai gambir ke... Ok, gua boleh caya sikit.

Lu jangan kata gambir tu lu makan pulak...

Bisnes

allahyarham P. Ramlee dulu lagi sudah fikir bisnes ni.

Lu ingat scene cerita DoReMi yang jual berus gigi dressing perompak tu?

Ingat?

Runsing

Gua runsing.

Bila gua runsing, gua hisap rokok.

Jadi gua buat kesimpulan, runsing ini boleh membahayakan status wallet gua.

Oleh itu, rodtek kereta dengan runsing adalah perkara yang tak jauh lari.

Eh, rodtek kereta yang kita bayar tu JPJ buat apa ha?

Kongsi

'Gua masuk pertubuhan ni bukan pe bai, bukan nak gengster-gengster macam yang orang cakap tu...'

gua angguk.

'gua nak bersatu, berjemaah... Biar bangsa kita kuat... Gua sayang anak bangsa gua...'

gua angguk.

'gua memang sayang bangsa gua...'

gua angguk.

Gua diam.
Dalam hati gua kata, 'tu anak dara sebelah tu lu usung sana sini, ari ni lain, esok lain, bangsa apa...?'